Setapak, 21/4/2016 - Skuad Kasih YBK (SKY) menyelusuri insan-insan yang kurang berkemampuan ini En Esa bin Ahmad (Pak Ali). Tinggal di atas rezab JPS di belakang JPJ Wangsa Maju. Pak Ali telah tinggal di kawasan ini hampir 40 tahun yang lalu. Masa merubah persekitaran yang dulunya perkampungan setinggan kepada kawasan yang bernilai tinggi. 

Pak Ali kini tinggal di pondok kecil yang dibangunkan dengan kayu-kayu terbuang. Tempat tinggal ini tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun air yang terawat. Beliau perlu mendapatkan bekalan air disurau yang berdekatan untuk mandi dan membersih pakaian. Pendapatan utama Pak Ali melalui mengumpul serta mengutip bahan-bahan terbuang untuk dijual. Selain itu Pak Ali juga menternak 30 ekor itik disekitar kawasan pondok tempat tinggalnya.

YBK telah menyampaikan sedikit sumbangan tunai buat Pak Ali. Semoga harapan Pak Ali untuk membina hidup baru dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan dapat direalisasiakan.  

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;