Sabak Bernam - Lapan orang Anggota Lembaga Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam Berhad (Koperasi DKMBSBB) menghadiri Kursus wajib Pengurusan Dan pentadbiran Koperasi pada 29 – 30 Mac 2003 yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di sini hari ini. Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 108 orang Anggota-Anggota Lembaga Koperasi Berdaftar di Daerah Sabak Bernam yang mengikuti kursus wajib tersebut. Kursus tersebut ialah sebagai usaha memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada Anggota-Anggota Lembaga Koperasi khususnya dalam mentadbir dan mengurus Koperasi dengan teratur mengikut prosedur yang lengkap dan berkesan.

Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam Berhad merupakan satu-satunya Koperasi yang dianggotai keseluruhannya oleh golongan termiskin yang tinggal di Desa Kasih Merbau Berdarah di daerah Sabak Bernam. Koperasi tersebut ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu dengan modal saham setiap peserta sebanyak RM100.00.

Selama 2 hari kursus tersebut dilangsungkan, peserta-peserta kursus telah didedahkan kepada 5 tajuk modul seperti Jati Diri dan Kefahaman Koperasi, Kaedah tadbir dan Urus Baik Koperasi, Akta, peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi, Hak dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurusan Kewangan Koperasi. Penceramah - penceramah telah didatangkan khas daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan (angkasa). 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;