- Hit: 1983
KUALA KEMAMAN, 1/3/2014 - Kajian Kesejahteraan Rakyat oleh Institut Penyelidikan Sains Sosial UPM bersama YBK diteruskan dengan kerja lapangan yang dilaksanakan di perkampungan nelayan di Kuala Kemaman, Terengganu. Kerja lapangan ini dilaksanakan oleh pelajar Sarjana UPM dan kaedah 'survey' melalui temuramah terus dengan responden. Seramai 60 orang sampel responden disasarkan dengan pecahan seramai 40 responden Melayu dan selebihnya responden Cina.
Kerja lapangan mengambil masa 2 hari dan menumpukan kawasan luar bandar. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk menyediakan satu indeks bagi mengukur tahap kesejahteraan rakyat, di mana beberapa domain telah diambil kira, antaranya daripada sudut spritual, emosi, fizikal dan pelbagai lagi. Sebelum ini kerja lapangan telah dilaksanakan di beberapa kawasan di pelbagai negeri. YBK merupakan penyedia dana bagi menjayakan penyelidikan ini, dan dapatan penyelidikan ini dijangka dapat dikeluarkan pada tahun ini.
YBK sebagai penaja kajian ini berharap dapat menyediakan satu model indeks bagi pengukuran kesejahteraan rakyat sekaligus dapat dimanfaatkan oleh agensi, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi inisiatif-inisiatif mereka.