- Hit: 2549
26/3/2014 - YBK hari ini berumur 24 tahun. Bila menoleh ke belakang, banyak yayasan lain yang sebaya atau lebih muda telah lama menyepi. Namun YBK terus kekal sebagai satu wadah dan jenama yang membantu membasmi kemiskinan. Mudah-mudahan akan terus kekal dan tetap dikenang. Bila mengenang 24 tahun terlalu, banyak perubahan ke atas yayasan. Begitulah YBK sebagai sebuah yayasan yang dinamik sentiasa reaktif terhadap hala-tuju dan keperluannya sebagai yayasan yang relevan membasmi kemiskinan
Pada tahun 1990, visi dan misi YBK adalah ‘Membasmi Kemiskinan Tanggungjawab Bersama’ dan ‘Tiada Lagi Golongan Termiskin Pada Tahun 2005’. Tetapi selepas Kerajaan Negeri mengistiharkan Selangor Sebagai Negeri Maju, pada tahun 2006 YBK merumuskan visi dan misi baru iaitu ‘Negara Sejahtera, Maju Dan Bebas Dari Kemiskinan’ dan ‘Memastikan Tiada Lagi Golongan Miskin Di Malaysia Melalui Program Pendidikan Yang Berkualiti’. Kali ini YBK cuba keluar dari kerangka di Selangor sahaja apabila meluaslebar liputan program ke negeri-negeri lain.
Tetapi pada tahun 2011 sesuai dengan Program Transformasi Kerajaan, visi dan misi YBK sekali diubah kepada ‘Menjadikan YBK Yayasan Terulung, Mantap & Berkesan Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan’ dan ‘Membantu Membasmi Kemiskinan Di Malaysia Melalui Program Pembangunan Modal Insan’. Malah Plan Transformasi YBK 2012-2016 dilancar oleh YAB Perdana Menteri pada 13/3/2012 di SACC Shah Alam.
Instrument Of Trust For YBK
Instrument Of Trust For YBK atau (Trust Deed) adalah dokumen undang-undang yayasan. Selain Akta Amanah 1952 dan Akta Cukai, Trust Deed YBK memberi peruntukkan undang-undang kepada yayasan. Untuk memastikan yayasan relevan dan berwibawa, ia dipinda sebanyak 3 kali selepas diwartakan pada 1990 iaitu 1997, 2000 dan 2012. Pindaan dilakukan sebagai usaha memperkasa dan ketelusan YBK sebagai NGO. Antara pindaan yang dibuat ialah menghalang YBK dalam aktiviti politik dan berniaga secara aktif.
Budaya Kerja ICT
YBK hanya bermula dengan majalah PRIHATIN sebagai media perhubungan awam serta siri liputan akhbar bagi membolehkan orang ramai dapat mendapat berita tentang YBK.
Kini YBK sudah maju jauh ke hadapan. YBK tidak ketinggalan menggunakan kecanggihan ICT dan media sosial dalam budaya kerja YBK dan melebar-luas liputan program YBK. YBK membangunkan website sendiri pada tahun 1998 laman web dan sistem maklumat YBK secara web based pada tahun 2000. Malah YBK juga menggunakan CCTV secara on-line tujuan keselamatan pejabat dan asrama kasih. Begitu juga jaringan sosial seperti website, facebook, tweeter dan whatsapp dalam budaya kerja seharian. Satu ketika YBK pernah cuba mempunyai pelayan komputer sendiri (2003-2006). Kini tahun 2014 YBK sedang membangun semula laman web dengan ciri lebih semasa iaitu tweeter, facebook, youtube dan rss feed.
Program Sosio-ekonomi YBK
YBK membangunkan 9 penempatan keluarga miskin yang dinamakan Desa Kasih YBK dengan 400 unit rumah yang menempatkan keluarga termiskin iaitu Tebuk Pulai Tengah (1992), Parit 8 ½ Barat (1995), Batu 2 Tebuk Pulai(1996), Pasir Putih Kalumpang (1997), Merbau Berdarah (1998), Tg Jawa (1998), Sekendi (1999), Bagan Nakhoda Omar (1999) dan Sg Kajang (1999) dengan jumlah kos RM3,056,778.00. YBK juga memperkenalkan Progran Lindungan Kasih (1991-2000), iaitu bina-baru dan baik-pulih 600 rumah keluarga miskin.
YBK juga meningkatkan tahap sosio-ekonomi keluarga miskin melalui Program Ekonomi Desa Kasih Merbau Berdarah (1999), Program Pemulihan Sikap Desa Kasih Merbau Berdarah (1999), Program Desa Kasih Cemerlang (2001-2004), Desa Kasih Cemerlang Lanjutan (2005-2006), D’Kasih Café YBK (2001) dan Program Peningkatan Pendapatan IR (2003). Sesuai dengan visi dan misi YBK 2006 dan lambakan program sosio-ekonomi dari agensi kerajaan pusat maupun negeri, YBK kini hanya menumpukan program pembangunan modal insan sahaja
Asrama Kasih YBK
Asrama Kasih YBK Serendah adalah flagship YBK. Terletak di Mukim Serendah, Hulu Selangor. Dibangunkan pada tahun 1994 dan diubahsuai pada tahun 2000. YBK membelanjakan RM95,625.00 (tanah) dan pembangunan RM3,319,386.66. Pelajar yang terpilih adalah dari keluarga miskin atau yatim. Asrama ini menyediakan penginapan dan makan percuma di samping bimbingan belajar. Sehingga penyata kewangan 2013, YBK membelanjakan RM10,592,860.59 membiayai 150-180 orang pelajar setiap tahun. Asrama Kasih YBK Serendah diurustadbir oleh seorang bekas Penguatkuasa Penjara dan dibantu beberapa orang kakitangan dari Indonesia
Namun sejak 2012, pentadbiran disusun semula. Asrama diurustadbir sepenuhnya oleh tenaga rakyat Malaysia berkelayakan. Tahun 2014 ini seramai 150 orang pelajar dikawalselia oleh seorang Pengetua bersama Lulusan Ijazah dan dibantu oleh 6 orang pembantunya yang berkelayakan Ijazah dan Diploma.
Asrama Kasih YBK Gesir, sebuah lagi asrama YBK ditubuhkan pada tahun 2003 di Kg Gesir Tengah, Hulu Bernam. Menempatkan pelajar tahun 3-6 dari kalangan anak yatim atau dari keluarga termiskin. Sehingga 2013 YBK telah membelanjakan sejumlah RM1,855,640.36 bagi menyara pembiayaan 35-45 pelajar miskin setiap tahun.
Kini Asrama YBK Serendah dan Gesir memasukki era transformasi apabila tidak lagi menjadikan asrama sebagai penempatan pelajar miskin tetapi sebagai pusat kecemerlangan pelajar. YBK meletakkan 7 cabaran disiplin iaitu budaya membaca, budaya bahasa Melayu & Inggeris, pengucapan awam, research based learning, seni & muzik, pendidikan Islam dan sukan, persekitaran ICT, budaya pengguna baik.
Kolej Komuniti YBK
Latihan kemahiran merupakan satu lagi sumbangan YBK kepada pelajar miskin. Bermula dengan latihan kemahiran di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor (1994) dan permuafakatan dengan Yayasan Sime Darby (1993) dan SEH, Shin Etsu (1995) ramai pelatih dari keluarga miskin mendapat mendapat latihan kemahiran dari YBK. YBK FASTRACK pula memberi peluang kedua kepada pelajar gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA/S dan membiayai 681 orang pelajar mendapatkan sijil kemahiran dan diploma
Kemudian kerjasama dengan kolej swasta British Malaysia Institute, German Malaysia Institute dan French Malaysia Institute menyediakan peluang pelajar miskin ke ITPS dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal. Perjanjian dengan BMI, MFI dan GMI di perbaharui dengan MoU MOU dengan UniKL pada tahun 2004
YBK membangunkan pula Institut Teknologi Komuniti EDI-YBK Kajang (1997), Institut Teknologi Komuniti EDI-YBK Banting (1997), Institut Teknologi Mutiara YBK Hulu Bernam (2000) dan Akademi Kemahiran YBK Gesir. Kolej komuniti YBK berjaya mengeluarkan ribuan graduan dari pelbagai bidang peringkat sijil maupun diploma. Namun demikian 2003-2006 kecuali PLYBK dan Akademi Kemahiran YBK Gesir, semua kolej komuniti YBK terpaksa ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan IPTS dan kekurangan modal.
Tahun 2014, YBK hanya menumpukan penambahbaikkan kursus dan kemudahan di kolej komuniti YBK di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor dan Akademi Kemahiran YBK Gesir.
KUNTUM
Program Tuisyen SPM percuma, KUNTUM mula diperkenalkan YBK pada 1993 di Selangor. Sehingga 2013 YBK membelanjakan RM3,344,134.56 dan seramai 18,996 orang pelajar miskin mendapat faedah. YBK pernah kerjasama dengan KPPMS (1996) dan mula mendapat tajaan KKLW pada tahun 2003. Mulai 2007, YBK meluas-lebar liputan sekolah dengan memilih sekolah luar bandar luar Sekolah.
YBK telah melaksanakan pelbagai pembaikkan dalam program KUNTUM ini. Ia termasuklah pemantuan prestasi pelajar secara on-line, kajian pengesanan pelajar KUNTUM, program motivasi pelajar dan pembangunan sukatan pelkajar serta bank data soalan SPM KUNTUM.
Tahun 2014, YBK memberi tumpuan semula kepada sekolah-sekolah di Selangor di sebabkan masalah logistik dan kos dan mula memperkenalkan penambahbaikan.
Motivasi YBK
Sejak penubuhan, YBK melaksanakan pelbagai Program Motivasi Pelajar dan memberi faedah kepada ribuan pelajar miskin yang menjadi golongan sasar. Sepanjang tempuh 1990-2000, YBK banyak menumpukan program motivasi pelajar miskin bersama IPTA. Mulai tahun 2000, YBK menumpukan program motivasi kepada pelajar dari peserta Desa Kasih termasuk bengkel dan seminar menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Kini tahun2014, YBK memutuskan memperkasakan semula program motivasi pelajar. Ini termasuklah membangunkan pengurusan motivasi YBK secara professional dan terancang. YBK sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk menjayakan misi ini.
Sukarelawan YBK
YBK mengiktiraf peranan kesukarelawanan dalam menjayakan program pembasmian kemiskinan. Tahun 1997, YBK menubuhkan KAWAN bersama Persatuan Mahasiswwa UIA dan AL-FALAH bersama YADIM. Peranan dan sumbangan kesukarelawanan terus direalisasikan pada 2007 apabila Sukarelawan YBK diwujudkan. Sehingga kini Sukarelawan YBK berjaya membantu sebahagian besar program YBK kini.
Kini Sukarelawan YBK memasuki era pemerkasaaan. Semua program YBK seperti Skuad Kasih YBK (SKY), Bantuan Kewangan YBK dan komuniti Ibu Tunggal YBK menggunakan Sukarelawan YBK di bawah penyeliaan seorang eksekutif. Sehingga kini seramai 1,141 orang telah mendaftar sebagai Sukarelawan YBK seluruh negara secara online. YBK juga sedang berusaha untuk mencapai keahlian SUKARELAWAN YBK melebihi 10,000 orang menjelang tahun 2016 dan memastikan setiap bandar utama di Semenanjung ada Sukarelawan YBK.
Kesimpulan
Begitulah YBK yang tidak pernah putus asa menjayakan visi dan misi. Di bawah kepimpinan Dato Zainal Abidin Hj Sakom sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Lembaga Pemegang Amanah, Pengurusan YBK terus bertekad dan sentiasa fokus memandang masa hadapan. 24 tahun YBK tinggalkan tetapi 1,000 tahun YBK akan terus mara ke hadapan. Meminjam maksud lirik lagu puitis Indonesia ZH Mdee. Mudah-mudahan YBK akan meraikan Juble Perak tahun hadapan. Kasih YBK kasih kekal abadi, ikatan murni kasih sejati, tabahkan hati menempuh hari dan YBK terus hidup berbakti.