- Hit: 10
KELANA JAYA, 15 Januari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 1/2025. Ini merupakan Mesyuarat Semangat Mendaki yang sulung untuk tahun 2025.
YBrs. Encik Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YBK telah mempengerusikan mesyuarat mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom. ALPA YBK yang turut hadir adalah Encik Zainal Mohd Jais, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad yang mengikuti mesyuarat secara tele-sidang.
Untuk sesi mesyuarat ini, Encik Zulhairy telah menyampaikan perkongsian motivasi 'Semangat Mendaki' bagi menyegarkan kembali jiwa dan semangat para karyawan. Antara intipati menarik yang telah dilontarkan adalah berkenaan persepsi, kekuatan wayang minda yang positif, kepentingan 'rapport' yang berkesan dan banyak lagi.
ALPA YBK yang hadir turut memberikan ulasan dan perkongsian motivasi masing-masing buat pedoman para karyawan. Turut hadir bersama adalah karyawan daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. selain karyawan ibu pejabat dan outlet-outlet YBK.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz kemudiannya memberikan laporan gerak kerja YBK yang sedang berjalan untuk makluman ALPA YBK dan hadirin.
Di samping itu, sambutan hari lahir untuk karyawan yang lahir pada bulan Januari dan juga penyampaian penghargaan kepada Encik Mohd Azeman Salim yang akan mengakhiri perkhidmatan beliau telah diadakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
SEMANGAT MENDAKI MEETING NO. 1/2025
KELANA JAYA, 15 January 2025 - The Semangat Mendaki Meeting No. 1/2025ย today andย this is the inaugural meeting.
YBrs. Mr. Zulhairy Jalaluddin, Member of the Board of Trustees (ALPA) of YBK chaired the meeting on behalf of the Chairman of YBK, YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom. ALPA YBK who was also present were Mr. Zainal Mohd Jais, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, and Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad who attended the meeting via teleconference.
For this meeting, Mr. Zulhairy delivered a motivational sharing of 'Semangat Mendaki' to refresh the spirit and enthusiasm of the employees. Among the interesting essences that have been thrown out are perception, the power of positive puppets, the importance of effective rapport and many more.
ALPA YBK who was present also gave comments and shared their motivations for the employees' guidelines. Also present were employees from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. as well as employees from YBK's headquarters and outlets.
YBK General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz then gave a report on YBK's ongoing work for the information of ALPA YBK and the audience.
In addition, a birthday celebration for employees born in January and also the presentation of appreciation to Mr. Mohd Azeman Salim who will end his service were held before the meeting was adjourned.