Outlet • Asrama Kasih YBK Serendah - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Karnival Sukan Tradisional Daerah Hulu Selangor di Asrama Kasih YBK

    SERENDAH, 2 Disember 2023 - Telah berlangsung Karnival Sukan Tradisional Daerah Hulu Selangor di Asrama Kasih Serendah YBK (ASKA YBK) dengan penyertaan 25 buah rumah anak yatim di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

    Karnival adalah anjuran bersama ASKA YBK, YIDE dan Kelab Belia Jati Diri Serendah. Seramai 350 orang anak-anak telah berkumpul dan menyertai aktiviti sukan dalaman (indoor) seperti congkak, karom, batu seremban, mewarna dan pelbagai lagi, manakala aktiviti luar (outdoor) seperti Bola Kampung, Bola Jaring, Tarik Tali, Kupas dan kukur kelapa. YB Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Ahli Parlimen Hulu Selangor) telah melapangkan masa singgah sebagai tanda sokongan kepada Program Karnival.

    Majlis Perasmian Karnival telah dirasmikan oleh Tuan Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, yang juga telah menaja makan dan kupon permainan semua rumah anak-anak yatim yang hadir.

    Selain itu, turut memeriahkan lagi program karnival ialah persembahan pertunjukan seni bela diri yang melibatkan 7 pertubuhan seni silat tanah air yang diketuai oleh Tuan Haji Wan Md Tahir, Presiden Silat Selempang Merah Malaysia. Ibu bapa dan penjaga anak-anak ASKAS turut menyumbang tenaga dengan berganding bahu menyediakan menu untuk jualan mengisi tabung makan asrama.

    Presiden Alumni Asrama Kasih YBK, Encik Roshahidir juga hadir dan menyampaikan sumbangan bekalan makan untuk pelajar-pelajar ASKA. Lebih 1,000 orang pengunjung hadir memeriahkan karnival. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi ASKA.

    Laporan disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah dan disunting oleh Jabatan Media dan Perhubungan Awam YBK

    Read more
  • Taklimat Kemasukan Asrama Kasih YBK 2022

    27 JANUARI 2022 - Petang ini telah berlangsung sesi Taklimat Kemasukan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan 2022 dengan penyertaan daripada wakil-wakil sekolah, PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pimpinan belia dan alumni melalui platform tele-sidang Zoom. Sesi turut dipancarkan secara langsung melalui FB YBK.

    Sesi dikendalikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi ASKA YBK. Taklimat yang berkisar berkenaan latar belakang Asrama Kasih dan kaedah permohonan telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih Ybk Serendah) dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan  (Pengetua Asrama Kasih Gesir).

    Turut hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Pengurus-Pengurus Jabatan dan para karyawan YBK.

    Rakaman sesi boleh ditonton di pautan ini

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;