SUNGAI BULOH, 18 April 2015 - Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK meneruskan jelajahnya dengan siri ke-3 telah dilaksanakan di SMK Bukit Gading, Sg. Plong. Siri motivasi mkali ini telah menerima penyertaan seramai 50 orang pelajar tingkatan lima SMK Bikit Gading Sg Plong. Program motivasi kecemerlangan pelajar ini sepenuhnya dikendalikan oleh pegawai YBK yang mendapat pengiktirafan Akademi NLP Malaysia.

Program ini menggunapakai kaedah Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disusun khusus untuk pelajar sekolah. Metodologi teori dan amali dipraktikkan di mana para pelajar didedahkan dengan ilmu potensi diri melalui pengamatan dan penggunaan deria dan minda dengan betul, di samping memahami konsep 'wayang minda', persepsi dan fisiologi. Para pelajar diajar melakukan beberapa siri gerakan 'pattern' bagi mengukuhkan keadaan diri dan keyakinan.

Sebagaimana siri sebelumnya, para pelajar dibekalkan 'Buku Kerja NLP' sebagai pengukuhan tambahan terhadap konsep yang dibentangkan. Pelajar juga diberikan sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Akademi NLP Malaysia. Umumnya pelajar amat seronok dan berharap agar program seumpamanya dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang.

Siri seterusnya akan berlangsung pada 25 April 2015.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;