LATAR BELAKANG

YBK merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 26 Mac 1990 di bawah Akta Amanah Perbadanan 1952 yang bertujuan membantu kerajaan membasmi kemiskinan melalui program pembangunan modal insan.

Sempena sambutan Jubli Perak YBK pada tahun 2015, YBK menganjurkan Pertandingan Menulis Cerpen bagi menggalakkan pelajar sekolah melahirkan idea masing-masing melalui penulisan cerpen. Cerpen adalah berkisar kepada realiti kemiskinan yang wujud di persekitaran mereka.

PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar menengah atas (Tingkatan 4, 5, dan 6) seluruh sekolah menengah negeri Selangor. Borang penyertaan boleh didapati melalui sekolah bermula bulan Januari 2015.

Tiga (3) cerpen terbaik akan dicalonkan oleh pihak sekolah dan dihantar ke YBK untuk dinilai oleh ahli-ahli panel YBK yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Selangor, Alaf 21 (Karangkraf) dan KEMUDI. Semua cerpen yang diterima akan menjadi hak milik YBK dan berhak menerbitkan karya-karya tersebut.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4, 5, dan 6) di negeri Selangor
  3. Tema cerpen adalah 'Kemiskinan'
  4. Karya adalah asli dan tidak diplagiat daripada karya-karya lain.
  5. Karya dilarang daripada menyentuh isu-isu perkauman dan agama.
  6. Karya yang dihantar akan menjadi hak milik YBK untuk diterbitkan.
  7. Keputusan panel penilai adalah muktamad.
  8. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 Mei 2015

HADIAH

  • Tempat Pertama - RM3,000.00
  • Tempat Kedua - RM2,000.00
  • Tempat Ketiga - RM1,000.00
  • 20 Hadiah Saguhati - RM300.00
  • Sijil penyertaan bagi setiap pemenang

BORANG PENYERTAAN 

Klik di sini untuk muat turun borang penyertaan.

MAKLUMAT LANJUT

Info pertandingan boleh didapati melalui sekolah ataupun menghubungi YBK di talian 03 7845 0036.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;